Jenut garam
Jenut garam

Jenut garam

Jenut garam, juga dikenali sebagai sira garam,[1] ialah tempat di permukaan bumi yang mendapan garamnya atau luahan mata air garamnya dapat dijilat oleh binatang-binatang liar untuk mendapat zat galian.[2] Ia boleh terhasil secara semula jadi atau dibuat oleh manusia dengan bongkah garam untuk ternakan jilat di padang ragut. Jenut boleh dijumpai di pelbagai tempat dan membekalkan binatang dengan zat-zat seperti fosforus dan besi penting (seperti natrium, kalsium, ferum, timah sari, dan pelbagai unsur surih) untuk kekuatan tulang, otot dan tumbesaran haiwan seperti rusa, elk, gajah, tenuk, lembu, babi hutan, bebiri, kambing dan landak. Jenut garam memainkan peranan penting dalam ekosistem terutama sekali di kawasan yang kekurangan bekalan zat makanan. Hujan lebat dapat mendedahkan mendapan mineral di dalam tanah untuk binatang dan ada yang mengatakan beberapa jenis haiwan dapat mengesan kalsium dalam taram.[3]

Rujukan

WikiPedia: Jenut garam http://www.mdpi.com/1424-2818/3/2/217/pdf http://content.time.com/time/magazine/article/0,91... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2292638 http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jenut&d=6920&... http://alcesjournal.org/index.php/alces/article/vi... http://www.asmjournals.org/doi/pdf/10.1644/06-MAMM... http://www.asmjournals.org/doi/pdf/10.1644/07-MAMM... //doi.org/10.1111%2Fj.1469-7998.2006.00241.x //doi.org/10.1371%2Fjournal.pone.0002011 //doi.org/10.1644%2F06-MAMM-A-055R1.1